Keputusan Sukan Tahunan Ke-18
Sila layari gambar untuk mendapatkan gambar-gambar Sukan Tahunan Sekolah Ke-18.
Berita SMK Mambau kini telah dibuka secara rasmi!
Pengetua SMK Mambau
1.Pn. Peter Lee Nee Chin Soon Peng (1989-1993)
2.En. Chai Poh Keong (1993-1995)
3.En.Hillary Santa Maria (1995-1998)
4.En.Lim Chek Heng (1998-2000)
5.Pn.Mariah Noor Bt. Hj. Yem (2001-2007)
6.Pn. Hjh. Norlia Bt. Abdul Karim (2008-kini)
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau mula dibuka pada Disember 1989. Sekolah ini bermula sebagai sekolah bertaraf gred B dengan bilangan murid seramai 163 orang.Mulai Januari 2003, SMK Mambau telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A pada tahun 1998.Dewasa ini SMK Mambau telah mengalami banyak perubahan dalam semua aspek.Bermula dari perubahan fizikal dan prasarana yang telah dapat mewujudkan iklim yang kondusif sehinggalah kepada peningkatan prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Latar Belakang Sekolah
SMK Mambau terletak di antara Port Dickson dengan Seremban. Kebanyakkan pelajar sekolah ini terdiri daripada penduduk tempatan iaitu Kg. Baru Mambau, Kg. Batu Tiga, Kg. Mantau, Taman Angsamas, Taman Kelab Tuanku, Kg. Bemban dan Spring Hill. Sebelum tahun 2001, SMK Mambau hanya mempunyai 5 blok bangunan dengan tidak mempunyai kemudahan prasarana yang lengkap kecuali bengkel Kemahiran Hidup dan makmal Sains dengan keceriaan dan keindahan yang mengecewakan.